Laman-MAP.Com
Home Home
Help  HelpSearch  Search
Welcome, Guest. Please login or register.



Search:     Advanced search
*
+  Laman-MAP.Com
|-+  MOTIVASI & KECEMERLANGAN DIRI
| |-+  Bahan-bahan dan artikel (Moderators: Shidee, amiera, insyirah, Muhandis)
| | |-+  الوردة الشوكية
Pages: 1 ... 59 60 [61] 62
Topic: الوردة الشوكية  (Read 90380 times) Print
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #900 on: November 20, 2009, 07:52:18 AM »
Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.


Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul
di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.

2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki

3. Elakkan meminum airbatu

4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk

5. Sentiasa meminum air panas

6. Amalkan bersenam

Rawatan

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Nota Kaki : Wallahua'lam. Jadi, selepas ini kurangkan duduk depan komputer secara statik.
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #901 on: November 25, 2009, 09:47:15 AM »
Salam EID ADHA buat semua pengunjung setia Laman-MAP.

Mohon maaf atas kesuraman Laman-MAP.

Sebarang saranan boleh dikemukakan bagi menceriakan forum ini.

TQ.
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #902 on: December 01, 2009, 10:24:53 AM »
SERUAN BUAT SI BELANGKAS

Oleh : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana-sini. Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak!

Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya. Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta! Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.

“Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah-tangga. Ingat tu!

Ku nasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina.

Awas! Hindari segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya. Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta, Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap. Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betul kan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah. Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiripun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan. Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:

“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).

Nah, Allah telahpun memberi jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai??

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:

“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.”

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:

“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).

Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,

“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan.”

Kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya. Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:

“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak.

Percayalah! Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan) . Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina. Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a. menjelaskan,

“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).

Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama! Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.” (HR Bukhori).
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #903 on: December 06, 2009, 11:53:53 AM »


Catatan Hati Fatinah

Siri Satu: Melatari Ujian Tuhan


Dalam kehidupan ini, kita sentiasa mempunyai pilihan apabila berdepan dengan ujian. Kadangkala hati berlagu ceria walaupun banyak ujian yang mendatang, bahkan sumber kekuatan berdepan dengan kemelut kehidupan juga adalah dengan hati yang ceria kerana yakin masih punya Allah Yang Esa. Hatta air mata sering menjadi teman tika seorang.

Air mata bukanlah satu kelemahan wanita tetapi ia menjadi sumber kekuatan untuk kembali bangun dan gagah melangkah seiring sang Adam dalam meraih redha Tuhan.

Aku sering tertanya-tanya, mengapa aku selalu mampu untuk menceriakan orang lain sedangkan aku sering menangis kala sendirian. Akhirnya, aku temui kata-kata itu di waktu aku beriadah bersama Nafisah. Katanya, aku ini 'split personality'. Wah, satu tamparan hebat untuk aku menerima kata-kata Nafisah. Split bagaimanakah personaliti aku hingga room-mate aku berkata bergitu.

"Fatinah! Enti selalu nak orang ketawa, enti selalu berusaha untuk menceriakan orang tetapi enti selalu menangis bila sendirian. Ana selalu tengok air mata enti mengalir, walaupun saat enti pura-pura tidur. Kenapa enti tak menzahirkan kesedihan enti? Bukankah perkongsian itu lebih baik."

Nafisah. Sudah 3 tahun aku bersamanya berkongsi bilik yang sama, bahkan ada masa berkongsi katil yang sama terutama apabila musim sejuk menyapa. Aku memang sangat kalut menghitung waktu bilakah akan berakhir musim sejuk.

"Apabila kita membahagiakan orang lain, insya Allah kebahagian insan itu akan turut kita rasai. Senyuman dan tawanya akan menjadi penghibur hati kita walaupun tatkala itu hati sendiri sedang menderita. Ana sangat mudah berkongsi cerita tetapi air mata ini enggan dikenali insan lain selain ana sendiri."

"Ana tahu enti sedang bermasalah bukan? Kenapa tidak enti luahkan pada ana. 3 tahun kita bersama, mengembara di sini. Enti punya ana sebagai teman bicara. Ana sentiasa bersedia menjadi teman enti. Insya Allah."


Alhamdulillah. Dalam aku 'sendiri' bermusafir di bumi Tuhan ini, walaupun aku sedar aku menyendiri di sini tetapi itu hanyalah di mata tetapi jauh di sudut hati setiap bebanan ini terhapus dengan gugurnya kelopak air mata yang menemani. Bukan aku tidak mahu berkongsi bersama Nafisah, teman akrab setibanya aku disini tetapi belum masanya untuk aku berkongsi sesuatu yang sangat berat ini.

Kehidupan itu satu perancangan hebat dari Maha Pencipta. Kadang kala aku tersenyum melihat deretan pokok yang seakan malu-malu untuk mengeluarkan kelopak bunga yang mekar. Sedang aku terus menikmati lukisan alam ciptaan Allah, aku terus tersenyum dengan sapaan sms dari teman yang dikasihi. Indah ingatan sekudus hatinya...


    "Berkata Ibnu Qayyum:

    Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Nya. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Nya serta qadha' dan qadar Nya serta kesenantiasa sabar sehingga menemui Nya. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Nya dan bermohon kepada Nya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

    With love, Sa'adah."



Sa'adah. Kami terpisah jauh, dipisahkan dengan jarak dan benua tetapi kesibukan yang mengekori kami sebagai penuntut ilmu tidak sedikit pun menjadikan kami perindu yang ketandusan cinta dan lemas dalam lautan rindu. Kami sentiasa bersama, dalam doa juga ingatan bersama tulisan dari hati.

Biar tidak bersuara, biar tanpa bertemu mata kami sentiasa merasa ada tali penghubung yang melatari persahabatan kami. Kami aman dalam jagaan Allah kerana Sa'adah sentiasa mengingatkan aku sebelum kami berpisah.

"Nafisah jangan sedih, mungkin kita tidak akan bersama untuk meneruskan kembara tetapi ingat tujuan kita tetap sama. Memburu mardhatillah dan akan sentiasa saling mendoakan. Bila ana rindu enti, ana tidak akan menangis kerinduan tetapi kita perlu janji seandainya benih rindu mula terbit hari qalbi, segeralah kita mengambil wuduk dan bertemu dengan Allah, hamparan sejadah pada kiblat yang sama.

Kita sama-sama menadah tangan semoga Allah memelihara keutuhan persaudaraan kita, kita berdoa agar Allah menjaga kita sepanjang kita berkelana di bumi asing. Insya Allah, kita akan pulang ke tanah air sebagai seorang yang lebih baik."


Kata-kata itu menjadi kekuatan untuk aku terus melangkah di bumi asing ini. Sungguh aku kagum dengan sahabatku ini, walaupun banyak ujian tetapi beliau masih mampu tersenyum dalam keriuhan. Semoga aku bisa mengemis cinta dari Nya sepertimana Sa'adah menyulam rindu pada Nya. Insya Allah!

... fatinah ...
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #904 on: December 07, 2009, 03:14:14 AM »


Catatan Hati Fatinah

Siri Dua : Tarbiyyah Si Kecil


Rindu aku pada Kak Long, lama aku menuai sabar dalam hati agar teguhkan niat untuk menangguhkan kepulangan ke tanah air. Bukan aku tak rindu pada keluarga tetapi biarlah aku disini mengemis ilmu yang pastinya akan aku gunakan maksima yang aku mampu di tanah air kelak.

Hari ini Nafisah beriya-iya mahu mengajak aku ke rumah seorang seniornya, pelajar sarjana Kejuruteraan Kimia. Kak Maimunah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mai oleh para pelajar dari Malaysia. Kak Mai mempunyai sepasang cahaya mata yang sangat petah, Nafisah selalu menjadi baby-sitter kepada Kak Mai dan aku juga turut sekali menjadi pembantu kepada Nafisah. Akrab hubungan mereka didasari akidah yang sama.

Di sini, kami ibarat satu keluarga yang besar. Ramai pasangan yang sudah berkahwin tidak menjadikan tanggungjawab mereka kepada keluarga sebagai batasan untuk cemerlang dalam akademik bahkan tidak sekali-kali menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak berjaya. Aku dan Nafisah sering mencemburui kejayaan mereka, namun kejayaan demi kejayaan itu pastilah tidak mudah dicapai kecuali dengan pengorbanan dan istiqamah mereka menuntut ilmu, berdisiplin dengan ilmu dan menghormati ilmu.

"Fatinah, Aliyah dan Alif suka coklat. Ana nak belikan coklat buat mereka."

Aku mengekori langkah Nafisah. Hari ini aku tidak banyak berbicara bersama Nafisah kerana banyak bicara aku dengan Kak Long lewat menerusi Yahoo Massengger.

Sepanjang perjalanan ke rumah Kak Mai, Nafisah banyak bercerita dan sesekali menyiku tanganku yang langsung tidak bersuara.

"Fatinah, enti mengantuk lagi ke?"

Aku tergelak kecil. Bukan aku mengantuk kerana tidur lewat dan bangun awal seperti lazimnya di waktu musim sejuk tetapi aku tergelak kerana Nafisah menyedari aku agak melayan kantukku, tiada topik menarik yang dibawa Nafisah selain bercerita mengenai keletah anak kucing di rumah kami. Aku memang tidak mesra kucing, aku hanya mendengar. Belajar menjadi pendengar setia.

"Bukan ana mengantuk la sayang, ana menghayati bait ayat enti. Enti tekun dan fokus dengan perkembangan Nini {anak kucing Nafisah}, insya Allah suatu hari nanti apabila sudah menjadi ibu enti akan lebih cakna pada perkembangan mereka."

"Ana tak terfikir pula ke arah itu. Apa yang enti rancangkan selepas habis pengajian, Fatinah?"

"Insya Allah, ana ingin bersama masyarakat."

"Alhamdulillah."

"Nafisah, apa yang buat enti dan Kak Mai sangat akrab. Enti selalu menjaga Aliyah dan Alif, ana seronok sangat apabila anak-anak kecil bertandang ke rumah kita. Kalau bukan ana memilih bidang ini, sudah pasti ana merancang membina tadika. Senang untuk bersama anak-anak kecil."

"Kak Mai suka menasihatkan ana, tidak lokek memberi ilmu walaupun kadang kala ia sesuatu yang remeh. Kak Mai seorang kakak yang baik, cuba enti lihat bagaimana cara Kak Mai dan suaminya mendidik anak. Jarang untuk kita lihat pasangan profesional mendidik anak mereka begitu. Anak-anak itu sangat disiplin, sangat menghormati tetamu bahkan memuliakan orang yang lebih dewasa. Proses tarbiyyah yang mereka jalani walaupun sudah bertahun di bumi asing ini langsung tidak mematahkan usaha untuk membina generasi al-Quran."


Panjang Nafisah menerangkan. Aku semakin tertarik dengan cerita keluarga Kak Mai dibandingkan dengan cerita Nini, kerana aku tidak gemar dengan kucing. Malah, aku alah dengan kucing. Untunglah Nafisah bijak mengendalikan Nini, bilik kami tak pernah menerima Nini sebagai tetamu.

"Iya, ana juga perasan. Aliyah dan Alif sangat menghormati kita, jarang membuat kerenah seperti anak-anak lain. Enti nak belajar dari Kak Mai cara mendidik anak?" Sengaja aku menyakat teman di sebelahku. Langkah kami masih diatur rapi.

Nafisah sekali lagi menyiku tanganku.

"Cuba enti lihat, kita di negara barat. Banyak cabaran dan ujian, tetapi Kak Mai berjaya mentarbiyyah anak-anaknya bahkan lebih sopan dari anak-anak yang membesar di negara kita sendiri. Negara yang kaya dengan adab ketimuran."

"Iya Nafisah, bahkan anak-anak kecil itu makhluk fitrah yang sungguh suci. Ibubapa juga yang menjadi pencorak pada anak-anak. Satu yang ana belajar dari Aliyah dan Alif, sebenarnya banyak. Bukan satu tetapi yang paling menonjol itulah..."
Aku tersenyum, kagum pada anak kecil tersebut.

"Apa yang satu tu?" Nafisah kaget, riak wajahnya begitu teruja.

"Al-Quran!"

"Batul tu Fatinah, ana setuju dengan enti. Mereka sangat memelihara al-Quran walaupun masih kecil."


"Nafisah, di sekolah dahulu ana sentiasa mengingatkan diri. Sehari tidak boleh tidak untuk membaca al-Quran. Ana teringat kata-kata naqib, katanya baca al-Quran walaupun sedikit kalau sekiranya tidak mampu memadai dengan satu ayat, itu pun dah dikategorikan tahap kritikal. Dan sekiranya satu ayat pun tak mampu untuk baca, memadailah dengan memandang al-Quran dan bertanya 'Ya Allah, apalah dosa yang aku lakukan hingga aku tidak mampu untuk membaca kitab Mu.' Kata-kata itu yang paling terkesan dalam hati ana."

"Subhanallah. Betul tu, tidak boleh tidak untuk tidak membaca al-Quran. Kita mampu khatam berjilid buku dan teori juga falsafah, tetapi dasarnya semua ilmu itu datang dari Allah. Dengan menghayati kitab Allah, insya Allah semuanya akan jadi penawar untuk kita berdepan dengan ilmu-ilmu Allah yang lain, buku-buku yang ditulis oleh tangan manusia, dasarnya dari Allah juga ilmu itu."

Perbualan kami terhenti setakat itu, tapak kaki berhenti di hadapan pintu rumah Kak Maimunah. Alhamdulillah, banyak yang ingin belajar dari si kecil Aliyah dan Alif.

"Assalamu'alaikum..."

... fatinah ...
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #905 on: December 08, 2009, 09:33:46 AM »


Catatan Hati Fatinah

Siri 3 : Mencipta Resepi Bahagia


"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaianya,
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaqnya,
Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya,
Wanita itu sendiri adalah RAHSIA."

Sekeping kad yang dihiasi indah, berlatarkan warna violet dihiasi dengan beberapa bunga tulip yang mekar indah. Seindah bait ayat yang tertera, aku segera melekatkan kad indah itu di 'notice board'. Tidak lain untuk menjadi penyeri mata juga sebagai satu kalimah yang bakal buat aku muhasabah.

"Nafisah, apa pandangan enti terhadap ana selama 3 tahun enti bersama ana?" Suatu petang semasa duduk sambil menghirup koko panas, aku sengaja mencipta suasana muhasabah. Sejuk yang mengigit tubuh diselang seli dengan tiupan angin, terasa ironinya pada salji yang mula turun.

"Fatinah nak tahu apa? Baik atau buruk?"

Aku tergelak kecil, sudah lumrah manusia hamba selalu ingin yang indah-indah, mahu mendengar yang baik-baik dan suka pada yang sempurna sedangkan hakikat seorang hamba itu terlalu banyak kekurangan. Tiada yang sempurna selain Allah yang Esa.

"Ana nak tahu yang buruk-buruk..." Aku tersenyum, sengaja melemparkan semanis-manis wajah pada khalilah di hadapan mata. Sambil menghirup koko panas, mata juga sedang melirik kemas pada nota di tangan.

Segera Nafisah meletakkan nota di tangan, matanya segera memandang wajah aku yang ternanti-nanti jawapannya.

"Enti suka berahsia. Kadang-kadang enti emosional sangat, bila enti emosional maka bermulalah kemurungan hingga ana yang stress melihat enti emosional tetapi selalunya enti moody sekejap je. Memang enti tak betah serius, sekejap saja dan mudah untuk ana memujuk enti back to normal." Nafisah membulatkan mata, tanda bersungguh dengan hujahnya.

"Memang la sayang, kalau ana merajuk lama bertambah muncunglah mulut ana. Kalah Donald Duck enti tuh!" Segera aku baling patung itik Donald. Ianya pemberian dari teman serumah kami sebelum berpindah keluar setelah berkahwin.

Berderai tawa kami berdua. Muhasabah sudah jadi gelabah. Masing-masing dengan tawa, mencipta suasana ceria dan bahagia.

** "Fatinah, kebahagiaan ada pada sifat sabar. Dengan kesabaran, seorang hamba akan terpelihara dari kemaksiatan, berterusan menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi berbagai dugaan."

Kami sama-sama bertukar mood, kembali pada mood muhasabah. Tinggal saja mood gelabah, akan disambung semula pada waktu lain.

"Iya, kebahagiaan itu dari kesabaran. Mana mungkin kita bahagia kalau sering marah-marah. Bahkan itu resepi cepat tua!" Aku meninggikan nada.

"Marah resepi cepat tua?" Nafisah menguji teori aku pula.

"Iya, dengan kemarahan jantung kita akan terkejut, maka jantung akan mengepam dengan lebih laju. Sampai masa yang tertentu, jantung pasti letih membuat kerja lebihan masa. Maka cepatlah tua. Tua sebelum usia." Aku mengukuhkan teori. Sebagai pelajar Psikologi dan Kaunseling, teori-teori sebegini memang menjadi makanan kami, sebagai zikir harian.

"Wah, mabruk alaik ukhti. Makin seronok ana dengan teori enti ni." Nafisah segera membuat aku bersemangat.

"Kalau nak bahagia, kena banyak bersabar. Contohnya macam sahabat ana, maaf ye Nafisah kalau ana bawa contoh ini." Aku berhati-hati memuntahkan kata, lahir dari perasaan yang meronta-ronta.


"Semasa ana di sekolah dahulu, sahabat baik ana... Sa'adah. Beliau seorang yang sangat penyabar dan sentiasa senyum sehingga kami tidak tahu bila beliau gembira dan bila beliau berduka. Sehinggalah hampir 2 tahun kami berukhuwah, ana menyedari satu perkara pada Sa'adah ialah beliau sangat menjaga qiyamullail.

Hampir setiap malam di hidupkan qiyamullail bahkan apabila bangun, beliau pasti akan mengajak sahabat-sahabat lain untuk turut sama. Apabila Sa'adah berduka, maka lebih lama beliau sujud, lebih banyak beliau solat sunat. Itu tandanya Sa'adah sedang meluahkan bahasa sedihnya pada Allah. Beliau sangat bijak mengendalikan perasaan, jarang terlihat wajahnya suram. Sering saja Sa'adah tersenyum, matanya bersinar dan wajahnya tenang.

Tiada manusia yang sentiasa gembira, tiada manusia yang tiada masalah tetapi yang paling penting BAGAIMANA kita berdepan dengan masalah. Dan, penawar paling mujarab ialah bersabar dan jangan sekali-kali merasa Allah jauh dari kita sebaliknya sentiasalah mencipta waktu untuk dekat dengan Allah.

Dalam surah Yusuf ayat ke-86, Allah berfirman;
"Yaakub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."

Sebagai hamba kita juga memerlukan sokongan dari manusia lain, memang sifat hamba itu lemah. Tetapi, selain dari itu kita harus yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk kita. Itu yang Sa'adah pesan pada ana. Alhamdulillah, ukhuwah kami subur dengan nasihat."


Nafisah menitiskan air mata, aku hampir saja tenggelam dengan kenangan indah bersama Sa'adah. Sudah 3 tahun kami memilih haluan berbeza. Aku memilih negara barat sebagai permusafiran daerah ilmu sementara Sa'adah memilih bidang kedoktoran di Timur Tengah. Jauh kami terpisah tetapi tidak pernah rasa jarak yang memisahkan. Sentiasa ada tali yang menghubungkan kami, tali Allah!

"Fatinah, ana sangat ingin mengenali Sa'adah di alam nyata. Ana selalu cemburu mendengar watak Sa'adah dalam hidup enti, bahkan selalu ana merasakan enti adalah bayang-bayang Sa'adah. Alhamdulillah, Allah mengirimkan sahabat-sahabat solehah buat enti. Juga buat ana..."

Akhirnya, muhasabah petang itu ditemani dengan lebatnya air mata. Sungguh kerdil rasanya kami di hadapan Tuhan, Dia yang memiliki segala-galanya. Salji semakin lebat turun ke bumi, sesejuk kota London ini tidak mampu menyejukkan kehangatan ukhuwwah kami.


Semoga Allah menghimpunkan kami sebagai hamba-hamba Nya yang berkasih sayang kerana Allah.

... fatinah ...

** credit kepada blog Ummu Husna
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #906 on: December 28, 2009, 03:35:21 AM »


~ Siapakah al-Faqir? ~

Saidina Ali radhiyallah ‘anhu telah melihat seorang lelaki yang faqir berjalan di pasar Kota Basrah, lalu baginda bertanya kepadanya : "Siapakah kamu?"

Lelaki itu berkata "Aku seorang faqir". Maka berlakulah dialog diantara mereka.

Saidina Ali : Apakah tanda-tanda al-faqir?
Si faqir :Dari engkau diambilnya ilmu wahai Imam
Saidina Ali : Tanda-tanda bagi al-faqir itu ada sebelas ;

1) Mengenali Allah ta’ala dengan sebenar-benarnya
2) Sentiasa mematuhi perintahNya
3) Berpegang teguh dengan sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
4) Sentiasa berada di dalam keadaan suci (berwudhu’)
5) Sentiasa meredha’i dengan ketetapan Allah dalam setiap perkara
6) Tidak melihat apa yang berada di tangan/zahir manusia
7) Sentiasa yakin dengan apa yang ditetapkan Allah
8. Mampu menanggung kesakitan dan kesusahan (bersabar)
9) Bersegera dalam melaksanakan perintah Allah
10) Menyantuni dan mengasihi sesama manusia (juga sesama makhluk)
11) Mengetahui bahawa syaitan itu adalah musuhnya.



Apabila si faqir itu mendengar jawapan dari al-Imam, lantas menanggalkan pakaiannya yang compang-camping itu seraya berkata :
"Demi Allah, aku tidak akan memakainya lagi selepas hari ini."

Source : KLIK DI SINI


-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #907 on: January 07, 2010, 05:01:22 PM »
Wednesday, January 6, 2010

Cadangan teks Khutbah dari PACE - Jangan khianati Saudara kita di Gaza

Teks Khutbah Jumaat: Jangan khianati Saudara Seagama


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,


Pada hari Rabu yang lepas, tercatat satu peristiwa yang amat besar maknanya bagi umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza. Sebanyak 240 buah ambulan dan kenderaan membawa ubat-ubatan, makanan, permainan kanak-kanak dan peralatan sekolah Berjaya memasuki Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir.


Bantuan ini adalah dari convoy Viva Palestina 3 (yang bermaksud hidup Palestin) yang digerakkan oleh seorang ahli parlimen British, George Galloway. Rombongan ini bertolak dari London pada 5 Disember 2009 dan setelah merentas Benua Eropah selama 31 hari, mereka sampai ke Gaza pada 6 Januari 2010. Bantuan ini disumbangkan oleh warga dari 17 negara termasuk Malaysia. Sebanyak 9 buah ambulan adalah sumbangan dari rakyat Malaysia.


Meskipun rombongan ini selamat sampai untuk menyerahkan barang-barang bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang sudah terkepung dan terkurung selama 3 tahun, namun misi ini hanya Berjaya dilaksanakan setelah menerima pelbagai mehnah dan ujian yang amat berat. Lebih malang lagi, kesukaran yang mereka lalui bukan kerana mereka dihalang oleh Israel tetapi halangan itu datangnya dari Negara Islam sendiri. Mesir sebagai jiran terdekat kepada Gaza diharapkan akan memberi sokongan dan memudahkan laluan convoy sebaliknya mengenakan pelbagai syarat dan menyukarkan usaha untuk menyalurkan bantuan. Bahkan tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan Mesir hampir-hampir menggagalkan harapan untuk menyalurkan bantuan sejumlah 2 juta USD sumbangan dari warga dunia yang prihatin tanpa mengira bangsa, agama dan Negara.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah.


Mesir bertindak menghalang konvoi untuk mendarat di pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Akibatnya convoy yang sudah berada di Aqaba, Jordan dan menanti pengangkutan laut untuk menyusuri laut Merah dan mendarat di pelabuhan Nuweiba terpaksa berpatah balik melalui Syria. Dari Pelabuhan Latakia, konvoi terpaksa menggunakan 3 buah feri untuk ke pelabuhan al-Arish melalui laut Mediterranean. Pelabuhan al-Arish adalah pelabuhan kecil yang tidak sesuai untuk laluan sejumlah kenderaan sebanyak itu. Di samping itu, pengiring dan sukarelawan terpaksa menaiki kapal terbang dan menyertai kenderaan mereka di pelabuhan al-Arish. Akibat dari halangan dari kerajaan Mesir ini, convoy terpaksa menanggung kos tambahan melebihi USD 500,000.


Sebaik sahaja tiba di Al-Arish, pehak berkuasa Mesir hanya membenarkan sebahagian kecil sahaja pengiring memasuki Gaza. Bantahan dari sukarelawan telah menyebabkan passport mereka dirampas dan hanya dikembalikan setelah didesak. Kemudian Mesir mengenakan satu lagi syarat iaitu lebih dari 50 kenderaan mesti di serahkan melalui Israel. Keadaan ini telah menimbulkan bantahan dari pengiring convoy. Kemudian kita diberitahu pihak berkuasa Mesir telah bertindak ganas ke atas sukarelawan dengan membaling batu kepada mereka, memukul, mencedera dan menangkap beberapa orang anggota convoy, termasuk seorang pelajar perubatan dari Malaysia yang sedang menuntut di UK.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari peristiwa yang bukan melukakan umat Islam sahaja tetapi seluruh warga dunia yang masih ada rasa ehsan di hati mereka. Di satu pihak kita menyaksikan bagaimana warga Britain , Amerika Syarikat dan Eropah menaja beberapa buah ambulan dan bekalan ubat-ubatan atas rasa prihatin terhadap penduduk Gaza. Bahkan salah seorang dari sukarelawan yang menyertai protes di Kaherah adalah seorang Yahudi yang berumur 82 tahun dan merupakan mangsa kepada tragedy holoucaust, pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh Hitler semasa Perang Dunia Kedua. Beliau telah menyertai mogok lapar kerana membantah tindakan kerajaan Mesir menyekat bantuan kepada penduduk Gaza. Kita juga menyaksikan berapa ratus warga Peranchis telah dibelasah dengan teruk oleh polis Mesir kerana meyokong penduduk Gaza di Kaherah.


Kemudian di satu pihak yang lain di kalangan kerajaan sebuah Negara islam, kita menyaksikan satu kekejaman dan penganiayaan yang tidak ada tolok bandingnya. Bagaimana sebuah kerajaan yang diterajui oleh umat islam tergamak bertindak seperti yang dilakukan oleh Mesir. Bagaimana mereka cuba menghalang dunia dari membantu penduduk gaza, tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh Mesir sendiri sebagai jiran tetangga terdekat. Bukan sahaja mereka bersekongkol dengan Israel bahkan turut sama mengepung dan menutup sempadan Gaza. Sudahlah mereka mengenakan pelbagai sekatan kepada penduduk gaza, mereka turut menghalang orang lain dari menghulurkan bantuan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.


Semua ini menuntut kita untuk menilai peristiwa ini dengan neraca iman. Kadang-kala umat islam terbawa-bawa dengan pemikiran sekular lalu membuat kesimpulan yang jauh dari kebenaran. Ini ditambah pula dengan kecenderungan Asobiyah (kebangsaan sempit) lalu merendah-rendahkan bangsa Arab. Mereka melemparkan tuduhan bahawa orang Arab memang tidak boleh dibawa berunding. Bahkan ada yang tergamak mengatakan tidak ada gunanya membantu rakyat Palestin kerana mereka sentiasa tidak sehaluan dan sentiasa bertelagah.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah.


Ini tiada kena mengena dengan bangsa Arab atau apa bangsa sekalipun. Apa yang kita saksikan adalah satu manifestasi dari satu pertembungan di antara haq dan bathil. Gambarannya telah pun diberitahu oleh Rasulullah SAW.


Abu Hurayrah menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Sebahagian dari umatku tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu Dimashq (Damsyik) dan di pintu-pintu al-Quds (palestin) dan di sekelilingnya. Pengkhianatan dan pembelotan bagi sesiapa yang berkhianat tidak akan menyakiti mereka sedikitpun. Mereka akan tetap menang, mempertahan kebenaran sehingga saat datangnya kiamat”


Riwayat At-Tabarani


Nahik Ibn Surim al-sakuni menyampaikan dari Rasulullah SAW “Kamu akan memerangi golongan kafir sehingga sebahagian kamu yang tinggal akan berperang di Sungai Jordan, kamu di sebelah timur (Jordan pada hari ini) dan mereka di sebelah barat (Palestin yang terjajah)”


Dari Ibn Hajar al-Asqalani


Muadz bin Jabal menyampaikan dari Rasulullah SAW “Allah Maha Besar akan member kamu kekuatan untuk menawan as-Syams (Palestin) selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai as-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan.”


Rasulullah SAW mengatakan berhubung penghuni Tanah suci (al-Quds), “Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak mereka dan hamba (pembantu-pembantu mereka – lelaki dan perempuan) adalah di dalam ‘ribat (pengawal pada kubu) pada jalan Allah”


At-Tabarani


Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat” Para sahabat bertanya ‘Di mana mereka itu”? Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis”


Iman Ahmad


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.


Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah SAW adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya dari rasulullah SAW sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah?


Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin Negara-negara Islam telah mengkhianati perjuangan Islam dan umat Islam seperti apa yang dilakukan oleh Mesir. Namun kita yakin dengan Allah SWT, bahawa pengkhianatan dan pembelotan pemimpin-pemimpin yang memaksakan kepimpinan mereka ke atas umat islam tidak akan mampu mengkhianati perjuangan rakyat Palestin bahkan perjuangan umat Islam di mana jua. Umat Islam di Palestin tidak pernah goyah dalam mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa selama lebih 64 tahun mengikut taqwim hijri. Kalau perjuangan ini digarap oleh orang yang tidak beriman, maka sudah lama masjid al-Aqsa sudah diruntuhkan dan diganti dengan haikal Sulaiman, tempat penyembahan orang Yahudi. Tetapi ini tidak berlaku dan ia sama sekali tidak akan berlaku kerana Allah telah menjamin keselamatan tanah sucinya dengan meletakkan jundullah, tentera-tentera dari kalangan para mukmin yang ikhlas berjihad pada jalan Allah.


Mesir tidak akan berhenti untuk meneruskan perjuangan sia-sianya. Kini Mesir sedang menanam kepingan keluli sedalam 20 hingga 30 m untuk menutup terowong-terowong yang memasuki gaza dari Rafah. Terowong-terowong in adalah satu-satunya saluran untuk penduduk Gaza mendapat bekalan makanan dan ubat-ubatan dalam keadaan terkepung dari semua arah.


Prof Dr Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam telah membidas Mesir dan mengingatkan mereka supaya menghentikan jenayah keji ke atas saudara-saudara mereka sendiri. Tindakan Mesir, menurut Prof Al-Qardhawi sama dengan mengatakan ‘Palestin boleh mati dan Israel boleh terus hidup!” Beliau menggesa rakyat Mesir supaya bangkit menolak tindakan keji pemerintah Mesir dan mendesak Liga Arab serta OIC supaya menekan Mesir untuk menghentikan perbuatan terkutuk itu. Namun seperti yang dijangka tidak ada pemimpin Negara Islam yang menyahut seruan persaudaraan Islam ini. Cuma Turki setakat ini yang menunjukkan contoh yang wajar diikuti. Sewaktu Mesir menahan convoy dan menangkap sukarelawan, 10 orang pemimpin Turki telah berunding dengan kerajaan Mesir supaya memberi laluan kepada konvoy dan melepaskan sukarelawan yang ditahan. Turki juga membiayai kapal terbang yang disewa khas untuk menerbangkan para sukarelawan akibat dari perubahan laluan konvoy.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama merenung dengan mata hati akan pesan-pesan Allah di dalam al-Quran


“Orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah di antara saudara-saudaramu dan tunaikanlah tanggungjawabmu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”


Al-Hujurat: 10


Nabi Muhammad (SAW) berkata,


"Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain, dia tidak berbuat salah kepadanya, mengecewakannya, atau mengabaikannya."


Prof Al-Qardhawi juga mengingatkan kita akan pesan Rasulullah SAW


"Bantulah saudaramu, sama ada jika dia menindas [dengan mencegah dia dari melakukannya] atau jika dia ditindas." Nabi tidak berkata, "kepung dia, biarkan dia kelaparan, atau tindas dia bagi pihak musuhmu."


Menjadi kewajipan dan tanggungjawab Mesir untuk membuka laluan Rafah bagi manfaat warga Gaza kerana itulah satu-satunya jalan keluar bagi mereka. Kewajipan ini bukan sahaja tuntutan syariat Islam tetapi juga kehendak undang-undang. Tidak ada undang-undang yang mengarahkan cengkaman dikenakan ke atas umat Gaza atau menyuruh supaya menjadi tali barut dalam membunuh mereka.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah


Akhirnya kita mengingatkan diri kita semua bahawa Gaza adalah tempat kelahiran ramai ulama tersohor yang lahir di kalangan umat ini. Imam as-Syafii, yang menjadi ikutan umat Islam di Malaysia adalah kelahiran Gaza. Begitu juga ulama besar Imam Ibn Hajar al-Askalani adalah kelahiran Askalan yang kini dijajah oleh Israel di utara Gaza dan dinamakan Ashkalon. Apakah kita rela tanah kelahiran ulama-ulama besar ini diperlakukan sedemikian rupa.


Wahai saudara-saudara seiman. Marilah kita menyahut seruan jihad dengan harta dan jiwa kita untuk meninggikan kelimah Allah di atas muka bumi ini. Di manapun kita berada kita wajib menyertai seruan jihad ini dengan segala kemampuan yang ada. Baitul Maqdis adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Setiap seorang dari kita pasti akan bangkit di kemudian hari dan akan dipertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan untuk membela tanah suci kita.


Surah as-Saff 8 - 9


Kemenangan telah dijanjikan oleh Allah.


“Mereka menutup cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun orang kafir membenci. Dialah yang telah mengutuskan rasul dengan petunjuk dan Din (agama) yang haq untuk dimenangkan di atas segala agama, meski orang-orang musyrik membenci


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


KLIK DISINI untuk melihat gambar di kedutaan Mesir.
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #908 on: January 10, 2010, 02:14:00 AM »
Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman

Bersama Dr Juanda Jaya

RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

# Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

# Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

# Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

# Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak

Sumber: KLIK DISINI

-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #909 on: January 13, 2010, 03:41:07 PM »


Buat Mawar-Mawar MUJAHIDAH Yang Sedang Merindui Jalan Menuju Allah.

Ketahuilah wahai mawar mujahidah,

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini. Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi. Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni. Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan  melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Tahukah dikau mawarku?

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Mengertilah duhai mawar mujahidah,

Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب

‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’

Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…

Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
 
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai  persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!

Dan kini hai mawar,

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya  menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?

Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!

Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…

Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin.
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #910 on: January 14, 2010, 04:25:22 AM »
Kaktus Persahabatan

Kutinggalkan kaktus ini khusus untukmu
Dengan pesanan: ia mudah hidup
Biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas
Ia tetap akan besar dan bercambah
Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah
Asalkan setiap kali kau melintasi lemparkan senyumanmu disini
Tahulah aku, kau sayang padanya
Kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu
Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian
Berilah ia pasu baru bila waktu
Ia akan remaja dan dewasa
Tajam durinya lambang kemurnian hatimu
Sahabat
Jika kaktus itu aku
Sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu
Sedangkan kau tahu durinya akan melukakan jarimu
Lalu tidak lagi kurasakan sentuhan
Yang tinggal mungkinlah perhatian
Yang menjadi baja menyuburkan ingatan

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”

Sumber; Akhi Ridzuan


-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
noura

Position: faiqah
*

Posts: 1

« Reply #911 on: January 20, 2010, 05:40:57 AM »


Gadisku

Gadisku... sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun... tak semua bunga senang untuk didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya, umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan gah warnanya yang memancar indah dan mengundang kekaguman sang kumbang... tetapi awas duri yang melingkari bunga itu bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku... aku suka sekiranya engkau menjadi mawar inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah Subhanahu Wataa'la. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk...

Ingatlah bahawa ciri2 wanita solehah adalah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya..

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir mutiara yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan di dalam suatu bekas yang tertutup. Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan kaum adam..

Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi dengan title 'gadis' yang kau miliki. Sudah pasti darah mudamu akan mencabar rasa keimanan yang ada... Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan mempermudah baginya jalan2 ke arah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti mempunyai azam, usaha dan istiqomah...

Gadisku... akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya nabi ada berkata tentang bahaya dirimu..

"Tidak ada satu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku selain fitnah yang berpunca dari wanita"

Oleh itu gadisku... setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan kepada al-quran dan sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..

Buat akhirnya... sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu itu tak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Terimalah kata2 seorang sufiah iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama...

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seorang insan kerana ia tak kekal. Cinta akan seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan tersiksa. Oleh itu tak ada cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri"


Maaf, lama menghilangkan diri. Ingatkan dah tak nak menulis lagi, tapi teringatkan kata-kata sorang syabab:
"Jiwa penulis x boleh di sekat, kalau di sekat nanti sakit jiwa."


Selepas sorang... Sorang dan sorang insan bermakna dalam hidupku pergi mengadap Tuhan yang Esa. Dalam kesempatan masa dan umur yang tersisa
ANA MOHON KEAMPUNAN yang berbanyak2 dari semua sahabat dan pembaca kolum ini.  Siapa tahu, mungkin esok hari saya....


salam..ukhti, sy sgt tertarik ngan post gadisku ini..very nice input..minta izin share.boleh tak? syukran//
 IP: [ Logged ] View Profile
Muhandis

Group: Moderator
Position: Advisor
*****

Posts: 884

Bilakah urusan dunia ku akan selesai.....?

« Reply #912 on: January 20, 2010, 12:08:14 PM »
Ambil saja lah demi untuk kebaikan..moga pahala antum bersambung-sambung.....ana percaya ukhti Insyirah mmg tak kesah..ambil la selagi ianya membawa kebaikan...dan mmg untuk kebaikan pun..
-------------------------------
Semakin Hari Semakin Rindu...untuk Bertemu Denganmu Ya Rasulullah...

http://www.abuamni06.blogspot.com
 IP: [ Logged ] View Profile WWW Email
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #913 on: February 06, 2010, 02:17:36 AM »
~ Kenapa Akak Nak Berniqob? ~

Malam ahad yang lalu, tiba-tiba aku dikejutkan dengan persoalan dari seorang adek di Jordan. "Akak, kenapa akak nak berniqob ye?"


Lambat-lambat kali ini untuk aku jawab persoalan ini. Banyak yang aku fikirkan. Banyak yang aku perlu kongsikan, dan banyak yang ingin aku nasihatkan, tapi semuanya terhenti. Menyusun bait-bait kata, memeriksa jawapan yang akan kuberikan adakah akan menimbulkan sifat riak.


Lambat aku ingin menjawab, tidak seperti suatu ketika dahulu saat seorang adek bertanya pada aku "?Kenapa akak berniqob" Memang saat ini aku perlu berhati-hati menjawab persoalan ini. Pernah suatu masa, seorang adek bertanya pada aku, "Akak, dulu akak ngajar PASTI kan, kalau budak-budak tanya, akak jawab apa ye?"


Alhamdulillah, setakat ini, belum ada siapa lagi yang bertanya, malah anak-anak murid aku pulak yang excited lebih-lebih suruh aku pakai. Sabo jolah. Tapi kalau ditanya persoalan ini, aku akan lebih berhati-hati untuk menjawab persoalan anak-anak kecil.


Aku punya anak buah, alhamdulillah juga, anak buahku sudah biasa dan mereka faham dah, Mak Teh dia yang sorang ni pakai purdah. Hehehehe...Kalau suruh salam tu, memang diaorang tahu ler siapa yang dia tengah salam ni. Angah dan Along juga banyak mengajar aku dunia kanak-kanak ini bagaimana. Bagaimana pemikirannya, dan aku juga pernah membaca satu artikel mengenai minda kanak-kanak.


Lalu untuk persoalan, "Cikgu (atau kakak), kenapa pakai purdah?", aku akan jawab, "Sebab cikgu (atau kakak) nak pakai. "


Pernah seorang adek ini kongsikan jawapannya, "Sebab akak malu tunjuk muka kat orang, jadi akak pakailah" Emh...Berfikir sebentar aku. Tak tahu kenapa, macam jawapannya tak kene.


"Dik, jawapan adek tu tak salah, tapi macam kurang kene. Sebab yang bertanya pada adek itu adalah kanak-kanak. Andailah, dia punyalah bendul kan, pergi jumpa mak dia, tetiba dia tanya pulak kat mak dia, "Mak, kenapa mak tak pakai purdah, mak tak malu ea" Hah, kan dah berjawab mak dia"


Nak jawab persoalan ni kita kene tengok pada lapisan-lapisan dia. Aku akan bagi jawapan berdasarkan peringkat umur orang yang bertanya. Takut tersilap pemahaman dan silap menjawab, kene balik pulak nanti.


"Kak, ceritalah, kenapa akak nak pakai purdah?" Adek yang berada di Jordan itu masih meminta-minta lagi jawapan dari aku. Barangkali dia ingin berpurdah agaknya. Persoalan yang ditanya tidak ku jawab, ku pulang kan semula soalan itu dengan persoalan, "Emh, kenapa adek tanya ye?"


Rupe-rupenya, dia juga berniat hendak memakai purdah. Aku terkenangkan apa yang terpaksa aku hadapi. Bukan mudah seperti yang dilihat. Terkadang aku juga terkandas.


"Kenapa adek nak pakai purdah ye?" Aku bertanya lagi.


"Sebab saya nak mengelak dari fitnah tapi saya takut saya hanya terikut-ikut." Aih, hati aku runtun mendengar pengakuan ini.


"Adek nak tahu tak, sebenarnya wanita yang memakai purdah itulah fitnah sebenarnya"


Bukan aku hendak menghalang, tapi aku hendak memperingatkan dia kembali, memakai purdah atau niqob ini bukan semudah hanya berniat. Malahan, ketika ini, zaman ini juga dah banyak sangat wanita-wanita yang menipu dan fitnah dengan menggunakan purdah.


Bukan aku hendak psiko dia tapi aku menasihatinya kerana Allah.


"Dik, kalau dulu adek tanya soalan ni, mungkin agak mudah untuk akak jawab, tapi persoalan yang sama ni, di saat ini, akak agak keberatan untuk menjawab persoalan adek. Dik, acap kali akak melihat wanita-wanita yang berpurdah tapi menayangkan wajah-wajah purdahnya di Facebook, Friendster, dan di mana-mana sahaja. Entahlah, kalau lah mereka sebenarnya memahami hakikat berpurdah itu, pasti mereka tidak akan melakukan apa yang mereka sedang lakukan"


"Dik, akak lebih suke kalau adek belajar untuk mengenal Allah terlebih dahulu, kerana pengalaman, dan apa yang akak alami inilah akak semakin teruja untuk mengenali Allah, dan akak memakai purdah kerana Allah."


Adek itu mencelah, "Entahlah kak, kadang-kadang saya tengok kawan-kawan saya sendiri pun, pakai purdah tapi akhlak mereka.... Kadang-kadang gambar mereka memakai purdah pun dah bersepah di internet. Tu sebab saya belum berani lagi nak melakukannya walaupun saya ada niat untuk pakai"


"Dik, kalau betul-betul adek nak pakai, biarlah dengan kehadiran suami adek. Kerana kehadiran suamilah sebagai kekuatan adek untuk istiqomah. Dan saat itu, adek akan tenang untuk memakai niqob. Saat ini, belajarlah untuk kenal dengan Allah. Mengenal Allah bukan dengan hanya beribadat, berzikir dan sebagainya sahaja tetapi melalui ujian yang diturunkan. Akak dah cukup banyak ujian yang akak hadapi dan dalam akak menghadapi ujian itu, akak cuba kenal Allah"


Aku teringat seseorang yang mengetahui apa yang aku hadapi, dan segala kesimpulannya pada apa yang aku hadapi, "Aku terasa macam kau cerita kisah drama pulak. Aku rasa mati kutu nak bagi kata-kate motivasi. Aku ingatkan kat drama je apa yang kau ceritakan ni, tapi rupe-rupenya kawan baik aku sendiri rupenya yang menghadapinya. Kau dah cukup tabah sebenarnya. Dan nasib baik kau ada didikan agama yang baik, kalau orang lain, dah lama hanyut" Mungkin masing-masing menghadapi ujian berbeza-beza dan cara bagaimana mereka menghadapinya.


Aku menyambung perbualan aku dengan adek dari Jordan itu. " Kalau adek kata nak hindari fitnah, sebenarnya wanita yang memakai purdah itulah fitnah ketika saat ini. Malahan, akak sendiri pun dah menjadi fitnah. Akak tak nak adek hadapi apa yang akak hadapi kelak bila adek pulang ke Malaysia. Teruslah berdoa, dan meminta petunjuk dariNYA kerana kekuatan itu milik Allah dan hanya DIA sahaja yang berhak untuk memberikan kekuatan itu pada siapa. Teruslah berdoa dan meminta padaNYA"


"Satu je pesan akak, bila mana adek cuba kenal cinta pada Allah, rahsiakanlah kerana cinta bukan untuk dicanang tetapi untuk dihayati antara adek dan kekasih adek. Kita semua ada Kekasih satu sahaja, iaitu Allah. Dan kita punya ramai madu iaitu para hamba-hambaNYA yang berebut mencari cintaNYA. Sedikit sebanyak kita perlu jaga hati madu-madu kita, dan bila adek merasakan cinta itu, dan cinta itulah milik adek dan hanya padaNYA."


"Acap kali akak melihat manusia mencanang-canangkan perasaan cintanya pada Allah dengan meletakkan di status YM, menghias blog-blog mereka. Perasaan cinta itu adalah rahsia dik. Rahsia adek dan DIA, dan sedikit sebanyak, adek perlu menjaga hati madu-madu adek yang juga cinta pada Kekasih kita yang Esa. Cinta padaNYA adalah untuk dihayati bukan untuk dicanang. Semoga adek akan kenal sebaiknya pada KEKASIH kita yang Esa itu."


Dan itulah pesanan aku pada dia. Kenal dahulu Allah dan hanya Allah sahaja yang akan berikan perasaan cinta itu kepada kita, kekuatan untuk memakai purdah atau apa sahaja, dan aku suka untuk mengatakan, bila kita larut dengan perasaan cinta itu, kita tidak akan tahu lagi apa-apa di sekeliling kita. Tidak akan mempedulikan apa sahaja yang diperlakukan oleh orang sekeliling, yang kita tahu...Allah..Allah...Allah...


Belajarlah untuk kenal Allah terlebih dahulu, dan kita punya kekuatan untuk melakukan apa-apa demi Allah.


Kalau ditanya kepada aku, aku ini mudah terpengaruh. Sangat mudah mendengar kata dan semua ini kalau ia berpandukan pada agama. Pernah satu masa, ayah ingatkan aku mengenai ujian yang Allah berikan pada aku adalah untuk menguji keimanan aku, "Dan bila kau berjaya, ada ganjaran yang telah disediakan olehNYA"


Maka di sudut hati aku, aku berbisik dalam setiap kali aku menghadapi ujian, "AKU MESTI BERJAYA...AKU MESTI BERJAYA..."


Memanglah ada kala aku terkandas juga tapi aku tidak membalas dengan, "Kenapa ya Allah, aku diberikan ujian ini?" Tidak, aku tidak melatih diri aku untuk bertanyakan kenapa aku diberikan ujian sebegini tapi aku muhasabah semula, "Pasti ada yang DIA terasa dengan aku dan DIA nak peringatkan aku"


Latihlah hati dan jiwa kita. Semoga cinta itu terarah dalam jalan yang betul. Cuba untuk merasai "aku tiada apa-apa di dalam dunia ini". Apa yang berlaku semuanya menjadi bekalan aku di sana. Latihlah diri, biar pun dimaki hamun di khalayak ramai, cubalah untuk bersabar kerana itu ujianNYA.


Adakah tidak patut seorang kekasih menguji bukti cinta kekasihnya? Adakah kita dapat buktikan sebuah cinta itu jika tidak diuji? Dan jawablah persoalan ini kerana kita semua diujia dalam tahap yang berbeza-beza. Semoga semuanya berjaya dalam ujian mengenal Allah. (^__^)


Kerana Allah, Demi Islam, Kita Berjuang...


Ukhti Atirah
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
insyirah

الوردة الشوكية
Group: Moderator
Position: Legend MAP
*****

Posts: 1595

mujahadatun an-nafs

« Reply #914 on: February 19, 2010, 04:30:35 AM »
GATHERING FORUMMER MAP

Tarikh : 26 FEBRUARI 2010
Hari : Jumaat (cuti umum Maulud Nabi)
Tempat : (seperti tertera pada tentatif program)
Masa : 3.30 petang - 9.30 malam (anggaran selepas selesai makan malam)


1530-1730 hrs :

* Berkumpul di Taman sebelah Dataran Pahlawan Shopping Complex.

* Ucapan Aluan Oleh Pengarah Program.

* Ucapan Tetamu Kehormat yang Hadir Wakil MAP (sekiranya ada).

* Minum petang, taaruf dan solat Asar.

1730hrs-1830 hrs :

* Sekitar Bandar Melaka

1830 hrs :

* Masjid Selat - Maghrib / Jamak bagi yang musafir

2030 hrs :

* Makan malam beramai-ramai di Radix Fried Chicken



# Warna tema pakaian BIRU (tak kisah la terang/gelap/keras/ lembut atau sebagainya) dan ianya mestilah SOPAN dan MENUTUP AURAT. Grin

Anda berminat untuk menyertai? Sila berikan respon anda Smiley

Best regards,
Insyirah.
-------------------------------

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

اللهم إنى أستودعك مما علّمتنيه فاردده إلىّ عند احتياجى إليه
 IP: [ Logged ] View Profile WWW
« previous next »
Print
Pages: 1 ... 59 60 [61] 62  
« previous next »
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Theme © Copyright by Electron Inc